Nov 15, 2021 - FASTM Piala Malaysia 2021: Cabaran Getir Menanti Selangor Di Cheras
Perlawanan suku akhir TM Piala Malaysia 2021 menentang Kuala Lumpur City pada hari Ahad lalu berakhir dengan kekalahan 2-0 kepada pasukan Gergasi Merah.
Walaupun tewas bermain di laman sendiri, kita masih ada 90 minit lagi untuk bermain dalam perlawanan kedua di Cheras pada hari Khamis ini. Pengendali Selangor, Karsten Neitzel perlu memanfaatkan perkara positif yang ditunjukkan oleh anak-anak buahnya menjelang pertemuan kedua kelak.
Kepulangan Oli
Maestro pemain tengah Gergasi Merah, Oliver Buff terus diberikan sandaran untuk beraksi sepanjang 90 minit setelah kembali semula ke kesebelasan utama menentang Kuala Lumpur City selepas pulih daripada kecederaan yang dialaminya pada akhir September.
Meskipun belum pulih 100 peratus, kita boleh mengharapkan beliau untuk untuk kembali ke prestasi paling tinggi pada Khamis akan datang.
Pada hari Ahad lalu, ketua jurulatih meletakkan semua pemain import di tengah, dan Oli menunjukkan persefahaman dengan rakan sepasukannya yang lebih muda, Hein Htet Aung dan Alex Agyarkwa. Jika trio ini dikekalkan untuk perlawanan kedua, diharapkan mereka dapat bermain dengan lebih agresif apabila kombinasi mereka bertambah baik.
Alex Sebagai Pemain Perancang
Seorang lagi pemain tengah yang telah mempamerkan prestasi yang lebih baik untuk memastikan peranan permulaannya akan menjadi lebih kekal.
Setelah membuat penampilan sulung pasukan pertamanya hanya dua minggu sebelum itu, Alex Agyarkwa memberikan dimensi berbeza kepada corak permainan Selangor. Walaupun kebanyakan pemain tengah lain bergantung pada hantaran mereka, pemain Ghana itu lebih selesa dengan keupayaannya untuk melepasi pemain pihak lawan melalui gelecekannya serta membantu pasukannya untuk mencorak serangan.
Kita Perlu Terus Percaya
Kekalahan 2-0 dalam perlawanan pertama di tempat sendiri dalam perlawanan derbi adalah keputusan yang tidak diingini oleh sesiapa pun di kelab itu, tetapi ia melegakan untuk melihat penyokong setia Gergasi Merah kekal sehingga wisel penamat dan selepas tamat perlawanan untuk terus memberikan memotivasikan pemain melalui nyanyian mereka.
Dalam sidang akhbar selepas perlawanan, Neitzel bercakap tentang perlunya untuk terus percaya pada perlawanan kedua, dan inilah yang perlu kita semua lakukan dalam beberapa hari akan datang.
Angka kehadiran rasmi pada hari Ahad ialah 3,146 dengan majoriti terdiri daripada penyokong tuan rumah dan Selangor FC kini berharap untuk terus mendapatkan kepercayaan mereka untuk menyemarakkan lagi pasukan pada perlawanan pada pertengahan minggu ini.
Tidak ada sebab mengapa keputusan pusingan pertama mustahil untuk diatasi, apabila Gergasi Merah sudah mencatatkan empat kemenangan melalui ‘comeback’ musim ini, seperti yang terjadi baru-baru ini dalam perlawanan terakhir kumpulan sewaktu menentang Perak FC minggu lalu.
Banyak yang boleh berlaku dalam masa 90 minit, dan kami berharap peminat turut berkongsi keyakinan ini apabila derbi Lembah Klang kembali Khamis ini.
Disediakan oleh: Zulhilmi Zainal